White Lodge International Preschool, Desa ParkCity

White Lodge International Preschool, Desa ParkCity

Bermula daripada sebuah pusat jagaan sederhana dengan tiga orang pelajar dan dua orang guru di Bukit Timah, Singapura, Prasekolah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Antarabangsa White Lodge kini telah meningkat jauh. Jayne Nadarajoo, pengarah pengasas White Lodge yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak, berasakan bahawa kaedah pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak terlalu berkisar kepada kecemerlangan akademik dan kurang menekankan perkembangan intelektual dan emosi jangka panjang kanak-kanak.

Prasekolah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Antarabangsa White Lodge, Desa ParkCity berbangga mengguna pakai falsafah dan amalan pembelajaran yang disesuaikan daripada pelbagai pendidik terkenal termasuk High Scope, Reggio Emilia dan Howard Gardner. Bagi memastikan setiap kanak-kanak di sekolah menikmati suasana bilik darjah terbaik untuk pengalaman pembelajaran efektif, para guru terdiri daripada orang tempatan dan ekspatriat yang terlatih dengan baik dan penekanan sangat diberikan kepada nisbah guru-murid yang rendah bagi setiap bilik darjah. Kurikulum Tahun Satu yang menyeluruh selama 47 minggu dalam kalendar tahunan, komunikasi terbuka dan penglibatan ibu bapa adalah perkara yang membezakan sekolah ini dengan yang lain.

Kurikulum Menyeluruh dan Terkini

Sekolah ini menggunakan amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menyertakan teori High Scope, Reggio Emilia dan Howard Gardner serta elemen Montessori, sekolah ini mengikuti senarai objektif pembelajaran yang dipantau, dikemas kini dan ditambah baik secara berterusan mengikut peredaran masa. Ini menghasilkan program pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi pelajar aktif dan pemikir bebas, serta menanamkan keyakinan terhadap keupayaan akademik, sosial dan mental mereka.

Sekolah ini menawarkan program yang fleksibel untuk setiap pelajar bagi memenuhi potensi mereka. Program 2, 3 atau 5-hari yang fleksibel ini semuanya boleh didapati sebagai pilihan setengah hari, ‘extended’atau sepenuh hari dibentuk untuk mempersiapkan kanak-kanak dengan keyakinan, kemahiran dan kebolehan untuk berjaya di sekolah dan seterusnya. Program-program ini disediakan untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6.5 tahun.

Sebagai sebuah sekolah yang menyetujui falsafah yang percaya terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat dan perolehan asas kemahiran bahasa, mengira dan menulis, pusat ini juga melengkapkan kanak-kanak dengan rasa ingin tahu yang menyala-nyala mengenai dunia di sekeliling mereka. Oleh itu, lima nilai teras di sekolah mengajar kanak-kanak untuk: -

Lima Nilai Teras

Meraikan perbezaan mereka

Berjejak pada realiti

Mencintai pembelajaran

Menggalakkan imaginasi

Menghormati dunia di sekeliling mereka

 

Aktiviti kokurikulum seperti lawatan sambal belajar dan program musim cuti sekolah dirancang teliti dan dilaksanakan dalam tempoh empat semester dalam kalendar persekolahan tahunan. Perkara yang lebih menarik ialah sekolah bukan hanya menyambut perayaan tempatan tetapi juga menganjurkan acara yang menggalakkan kesedaran kepelbagaian seperti Hari Bangsa-bangsa Bersatu, Hari Senyum Sedunia dan banyak lagi.

Persekitaran yang Direka Teliti

Persekitaran dalam bilik darjah merupakan yang terbaik dengan kawasan bermain khas yang lengkap bagi setiap kelas. Kelas memasak juga diadakan untuk memperkenalkan kemahiran hidup ringkas di samping mengembangkan kemahiran motor halus dan membina perhubungan. Sekolah ini direka bentuk dengan menimbangkan setiap kanak-kanak dalam fikiran, bagi mencipta pengalaman pendidikan yang paling mengayakan.

Para guru di sini perlu memiliki kelayakan diperlukan untuk mengajar, di samping kecekapan bertutur dan menulis bahasa Inggeris. Perhubungan kanak-kanak dengan ibu bapa dan komunikasi ibu bapa dengan guru adalah sangat penting. Ibu bapa sentiasa dimaklumkan mengenai kemajuan terkini anak-anak mereka, menerusi pelbagai saluran dan pertemuan ibu bapa dengan guru. Tambahan lagi, langkah keselamatan terbaik seperti kamera litar tertutup (CCTV) dipasang untuk memastikan keselamatan setiap kanak-kanak.

Pendidikan yang Menyediakan Kanak-Kanak Menghadapi Dunia Sebenar

Walaupun dengan amalan terkini dan nisbah pelajar-guru yang rendah, Prasekolah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Antarabangsa White Lodge, Desa ParkCity memastikan pusatnya sentiasa berjejak pada realiti dengan memfokuskan kepada kurikulum yang menggalakkan empat asas pembelajaran: - membaca, menulis, mengira dan memahami dunia sebenar untuk kanak-kanak di sini. Sekolah ini percaya pembelajaran datang dalam pelbagai bentuk dan oleh itu sekolah ini menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran sebenar dunia. Dengan lebih 10,000 kanak-kanak telah melepasi gerbang pendidikannya sejak 1999, wajar dinyatakan bahawa inilah tempat yang tepat untuk menghantar anak-anak anda belajar.

Klik sini untuk menempah lawatan dan kelas percubaan percuma di White Lodge!

More articles