Sri Bestari International School, Bandar Sri Damansara

Sri Bestari International School, Bandar Sri Damansara

Sorotan Utama

  • Kurikulum Cambridge
  • Memupuk pemimpin masa hadapan dengan pemikiran bahawa kecerdasan boleh ditingkatkan (growth mindset)
  • Kecemerlangan akademik dalam peperiksaan IGCSE
  • Aktiviti kokurikulum yang menarik (akademik dan bukan akademik)
  • Suasana pembelajaran yang kondusif, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kawasan permainan

Sri Bestari International School (SBIS) merupakan pilihan utama untuk pendidikan bermutu tinggi dan lebih mampu di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 2017, sekolah antarabangsa ini membekalkan persekitaran yang mesra untuk menyokong perkembangan peribadi dan akademik bagi pelajar-pelajarnya. Kiddy123 berpeluang untuk mewawancara pengetua sekolah, Cik Tan Siak Hun, untuk memahami secara lebih mendalam mengapa SBIS menjadi pilihan bernas untuk para pelajar dan keluarga mereka.

Sebagai seorang pendidik, Cik Tan mempunyai lebih tahun pengalaman bekerja di sekolah awam, swasta, dan antarabangsa. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat pendidikan untuk program transformasi sekolah di bawah LeapEdServices, sebuah syarikat subsidiari di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Sri Bestari International School KL


Beliau percaya bahawa komunikasi merupakan aspek penting dalam apa jua bidang pekerjaan; oleh sebab itu pihak sekolah kerap mengadakan aktiviti pengukuhan pasukan untuk meningkatkan lagi semangat kerjasama. Manakala sesi Expert of the Day (Pakar Seharian) pula merupakan sebuah program di mana ahli staf mengajar kemahiran tertentu kepada ahli-ahli yang lain. Cik Tan percaya bahawa latihan yang diberikan kepada guru ini boleh menerapkan pemikiran 'growth mindset' dan membina semangat berpasukan dari dalam, sekaligus membantu meningkatkan mutu pendidikan di SBIS.

Asas kukuh untuk peluang di pentas antarabangsa

SBIS adopts the Cambridge Curriculum ensuring an excellent learning journey across three key academic stages.

Sri Bestari International School KL


Kurikulum International Early Years (IEYC) direka khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun dengan tujuan untuk menyokong bidang-bidang pembelajaran penting melalui pendekatan tematik dan berasaskan permainan. Pendekatan ini dapat membantu meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak di samping mengajar mereka konsep matapelajaran melalui unit yang telah dipelan rapi. Pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah (Primary) dan menengah (Secondary) akan menduduki peperiksaan Cambridge Primary dan Lower Secondary Checkpoint pada tahun 6 dan tahun 9, sebelum menghabiskan alam sekolah menengah dengan peperiksaan Cambridge IGCSE pada tahun 11. Mandarin and Bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib untuk semua peringkat, dan diajar secara berkumpulan berdasarkan tahap penguasaan dalam bahasa tersebut.

Sri Bestari International School KL


Mandarin semakin penting sebagai sebuah lingua franca di peringkat global. Sekolah Sri Bestari membantu pelajar-pelajarnya menguasai bahasa ini melalui integrasi Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK), sebuah Ujian Kemahiran Bahasa Cina yang diiktiraf di peringkat anatarabangsa, di dalam silibus sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh memilih IGCSE Mandarin sebagai sebuah matapelajaran elektif.

Dalam tahun yang lepas, SBIS telah meraih pencapaian yang hebat, bukti komitment sekolah terhadap kecemerlangan akademik. Pada tahun 2023, 63% jumlah gred ujian IGCSE adalah A* atau A. Selain itu, empat daripada pelajar-pelajarnya menerima anugerah Wolrd Outstanding Cambridge Learner dalam Bahasa Mandarin! Pada tahun 2022 pula, dua daripada pelajarnya menerima anugerah Top in Malaysia dalam matapelajaran IGCSE Global Perspectives dan juga IGCSE Combined Science.

Sri Bestari International School KL


Subjek dan Aktiviti yang ditawarkan

Peringkat sekolah

Program akademik

Persatuan (semasa waktu sekolah)

Pendidikan Awal (Early Years)

  • Bahasa Inggeris

  • Matematik

  • IEYC

  • Seni & Kraf

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Mandarin

  • Pendidikan Jasmani

  • Musik

  • ICT

  • Pendidikan Moral

  • Sesi bercerita/ Circle Time

  • Playtime & Well-Being

  • Master Chef

  • Saintis muda

  • Tarian

Primary

  • Bahasa Inggeris & Perpustakaan

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Mandarin (HSK)

  • Bahasa Asing (Jerman / Sepanyol)

  • Matematik

  • Sains

  • ICT

  • Perspektif Global Perspective dengan Sejarah

  • Pidato & Drama (Tahun 4 hingga 6)

  • Seni dan Reka Bentuk

  • Muzik

  • Persatuan

  • Pendidikan Jasmani

  • Pendidikan Islam (untuk murid-murid Muslim selepas waktu sekolah)

  • Pendidikan Moral

Sekolah rendah (lower Primary)
  • Master Chef

  • Persatuan Tarian

  • Sekolah Eko

  • Seni Kreatif

  • Pembacaan dan penulisan kreatif

Sekolah rendah (Upper Primary)
  • Master Chef

  • Persatuan jasmani

  • Sekolah Eko

  • Seni Kreatif

  • Kelab Game Masters

  • Hab Persatuan Melayu

Sekolah menengah rendah ( Tahun 7,8 & 9)

  • Bahasa Inggeris

  • Matematik

  • Sains

  • Perspektif Global

  • ICT

  • Seni dan reka bentuk

  • Pendidikan jasmani

  • Muzik

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Mandarin (HSK)

  • Pendidikan Islam (untuk murid-murid Islam selepas waktu sekolah)

  • Sejarah

  • Bahasa Asing (Jerman / Sepanyol)

  • Pidato & Drama (Tahun 7 & 8)

  • Band Muzik

  • Lembaga Editorial

  • Saintis Muda (Tahun 7 &8)

  • Saintis Muda (Tahun 9 & 10)

  • Hab Seni

  • Peniaga Muda

  • Produksi

  • Koding (Menggunakan Scratch)

  • Korfball

  • Kelab Sulaman

  • Master Chef

  • Kelab Kesihatan

  • Kelab Eko

  • Kelab Interaksi

Sekolah menengah tinggi(Tahun 10 & 11)

  • Bahasa Inggeris (Bahasa Utama / Kedua)

  • Bahasa Melayu (Bahasa Utama / Asing)

  • Bahasa Mandarin (Bahasa Utama / Asing)

  • Matematik

  • Biologi, Fizik, Kimia

  • Sains Gabungan (Combined Science)

  • Perspektif Global

  • ICT

  • Pengurusan perniagaan

  • Ekonomi

  • Prinsip Akaun

  • Matematik Tambahan

  • Pendidikan Jasmani

  • Pendidikan Islam
    (untuk murid-murid Muslim selepas waktu sekolah)
    ***bergantung kepada kumpulan

Peringkat sekolah

Aktiviti Kokurikulum (Selepas waktu sekolah)

Perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan dan program pengayaan

Pendidikan awal (Early Years)

 
  • Aplikasi pelajar antarabangsa untuk Kementerian pendidikan dan imigresen

  • Bimbingan pendidikan

  • Hari Kerjaya

  • Pelan Makanan (Sekolah rendah)

  • Eduventure

  • Ekspedisi sukan

  • Program Making A Difference (M.A.D.) TOGETHER

  • Duta rakan sebaya

  • Program imersif

Sekolah rendah

Elektif
  • Badminton

  • Bola keranjang

  • Catur

  • Koding (Tahun 4 hingga 6)

  • Bola sepak

  • Robotik (Tahun 2 hingga 3)

  • Berenang (Tahun 4 hingga 6)

  • Ping pong (Tahun 4 hingga 6)

  • Taekwondo

  • Tarian K-Pop

  • Berenang

  • Cup Stacking

  • Gimnastik

  • Lompat tali

Sekolah menengah rendah (Tahun 7, 8, 9)

Sekolah menengah tinggi (tahun 10 & 11)

 

Mementingkan Perkembangan Inklusif

Sejak mengambil alih jawatan pengetua pada bulan Julai 2023, salah satu inisiatif awal Cik Tan adalah untuk mewujudkan ruang untuk komunikasi terbuka. Sejak itu, pihak sekolah telah mengadakan sesi Meet and Greet pada penggal pertama persekolahan, di mana ibubapa menerima kemas kini dan info mengenai hala tuju pihak sekolah.

Selain itu, bagi membantu pelajar-pelajar baru yang beralih dari sistem pendidikan yang berlainan, sekolah juga mengadakan sesi Orientasi untuk ibubapa, pelajar-pelajar dan guru-guru yang berkaitan. Sistem Tutor-Ward, di mana beberapa pelajar diletakkan di bawah bimbingan seorang guru berdasarkan tahap masing-masing, yang juga merupakan titik perhubungan bagi pihak ibubapa, juga memastikan fizikal, mental, dan emosi pelajar terurus.

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Gabungan Pendekatan Permainan yang memberi Impak yang Positif

Semasa meneroka kampus seluas 15 ekar, kami dapat melihat terdapat pelbagai kemudahan dan ruang khas untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang dapat menyokong perkembangan menyeluruh pelajar-pelajar sekolah.

Pihak sekolah menganjurkan program EduVenture setiap tahun pada Penggal ke-2, di mana murid-murid Bestari dapat belajar melalui projek, aktiviti, atau kaedah pengajian yang selaras dengan kelas akademik dan juga salah satu Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Hasil kajian ini akan dibentangkan sebelum mereka mengaplikasikan dan mengalaminya dalam situasi sebenar, di bawah bimbingan fakulti pengajaran. Pelajar-pelajar akan menggunakan kemahiran presentasi dan kaedah kajian mereka dalam pertandingan seperti Cabaran MUFY (Monash University Foundation Year) dan anugerah Cambridge IGCSE Learner 2023: Action on Climate Change.

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Program EduVenture mementingkan aspek akademik, manakala Ekspedisi Sukan pula menawarkan pelbagai pilihan yang menarik setiap penggal untuk aktiviti sukan dan luar.

Sri Bestari International School KL


Di luar bilik darjah biasa, SBIS juga lengkap dengan ruang untuk ICT, sains, seni, tarian, masakan, muzik, dan sukan.

SBIS bakal melancarkan perpustakaan digital di mana pelajar-pelajarnya akan dapat mengakses pelbagai sumber pendidikan. Selain itu, SBIS juga bakal meningkatkan pembelajaran secara interaktif dala mkelas menggunakan peranti tablet. .

Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Walaupun SBIS bakal meningkatkan integrasi digital, pihak sekolah juga menyimbangkannya dengan aspek lain dengan mewujudkan pelbagai kawasan permainan di sekolah..

Cik Tan mengimbas kembali waktu ketika seorang pelajar menanya beliau sama ada beliau suka bermain, sebelum memberi cadangan kepada beliau supaya meluangkan masa untuk permainan semasa waktu rehat. Ia member inspirasi untuk melihat bagaimana pihak sekolah mengambil serius cadangan tersebut melalui permianan seperti papan catur yang besar, arked, dan kawasan permainan yang selesa. Pelajar-pelajar boleh pilih untuk bermain sukan atau aktiviti yang lain semasa mereka berada di luar bilik darjah.

Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Bagi menyokong kurikulum sekolah, SBIS mengalakkan program yang diketuai murid-murid yang membantu meningkatkan kemahiran hidup dan meyediakan mereka untuk cabaran kehidupan. Persatuan-persatuan seperti Kelab Interaksi dan Sekolah Eko mendedahkan pelajar-pelajar tentang bagaimana untuk mengadakan acara sendiri, manakala Program Little Delight pula mendedahkan murid-murid kepada pengurusan perniagaan.

Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Pihak sekolah turut mengadakan program seperti M.A.D. (Making A Difference) Together Outreach Programme, dengan matlamat untuk mengalakkan semangat komuniti.

Sri Bestari International School KL


Antara perubahan lain dalam tahun lepas termasuklah penyertaan sekolah ke dalam International School Sports Association Malaysia (ISSAM), acara renang tahunan atau Annual Swimming Gala, bazaar Krismas, kem, dan lawatan sambil belajar ke luar negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Ibubapa dijemput untuk melibatkan diri dalam acara seperti Hari Kerjaya, Pameran EduVenture, acara fesyan Eco, dan Hari Sukan Mini. Setiap aktiviti yang diadakan direka khas untuk memupuk nilai seperti kepimpinan, keyakinan, dan semangat kental dalam kalangan pelajar.

Sri Bestari International School KL


Budaya yang mengalakkan perkembangan dan penambahbaikkan diri

Di SBIS, staf akademik dan admin diberi peluang untuk sentiasa meningkatkan kemahiran mereka samada ada di dalam bilik darjah mahupun rutin seharian di sekolah. Sekolah mementingkan nilai kepimpinan dan pemikiran meningkatkan kecerdasan dalam kalangan stafnya, dan mengalakkan mereka untuk mengamalkan praktis yang sihat supaya mereka dapat menghadapi cabaran kerja dengan kental.

Sri Bestari International School KL


Sri Bestari International School KL


Melihat ke masa hadapan, Cik Tan berkongsi bahawa pihak sekolah mengharapkan pendaftaran sebanyak 800 pelajar, peningkatan dari 600 pada tahun lepas. SBIS kini sedang merancang kempen kitar semula dan projek berkebun, selain projek-projek lain.

Sri Bestari International School KL
Sri Bestari International School KL

Sri Bestari International School KL


Apabila ditanya tentang aspirasi beliau untuk SBIS, Cik Tan berkata, " Saya berharap komuniti sekolah dapat memberi contoh yang baik, samada di kalangan staf, ibubapa, atau sesiapa juga yang terlibat. Berikan bimbingan yang baik kepada seseorang untuk menjadi pemimpin dan individu yang telus. Apa sahaja yang kamu pelajari sebagai pendidik, kongsikan dengan orang lain," kata beliau.

More articles