Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue

Sorotan Utama

  • Persekitaran yang mesra untuk bayi berumur 2 bulan ke atas
  • Program holistik untuk anak-anak kecil, membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang selaras dengan umur mereka
  • Staf yang berkelayakan dan profesional
  • Piawaian keselamatan dan kebersihan yang tinggi

Ramai ibubapa sudah tentu mengenali Choo Choo Train – sebuah jenama yang dipercayai dan terkenal dengan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Cawangan mereka di Setia Avenue, Shah Alam merupakan pusat sehenti yang lengkap dengan segala keperluan untuk kanak-kanak, termasuklah persekitaran yang mesra dan khidmat penjagaan bayi dari usia 2 bulan ke atas, dan juga program dan kemudahan yang ulung untuk kanak-kanak kecil sehingga umur 3 tahun.

Persekitaran yang kondusif

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue direka khas untuk merangsangkan daya imaginasi kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat. Walaupun reka bentuk ruang yang minimalis lebih hangat dalam pasaran kini, CCT Setia Avenue telah memilih skema warna yang lebih cerah dan berwarna warni bagi mengalakkan daya kreativiti dan memupuk perkembangan deria kanak-kanak.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue
Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue

Premis pusat ini sangat luas dan terdapat ruang yang khas bagi kumpulan umur yang berlainan. Sebagai contoh, ruang untuk bayi diterangi cahaya dan dipenuhi irama muzik yang lembut. Bulan-bulan awal dalam kehidupan kanak-kanak merupakan masa yang sukar, kerana mereka mungkin berasa takut dan sensitif terhadap persekitaran baru, jadi amat penting untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa untuk mereka.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Bagi anak-anak kecil pula yang suka bergerak bebas, pusat ini lengkap dengan ruang yang luas supaya mereka dapat merangkak, berjalan, dan bermain dengan selamat, dengan kemudahan keselamatan seperti dinding lembut dan lantai berlapik bagi mengelakkan kecederaan. Bilik-bilik darjah pula dipasang dengan tingkap yang besar supaya ruang dapat diterangi cahaya matahari semulajadi, dan apa-apa aktiviti yang dilakukan dalam kelas dapat dipantau dari luar bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

Sistem yang berstruktur dan langkah keselamatan yang teliti

Bagi memastikan piawaian keselamatan dan kebersihan yang tinggi, pusat-pusat Choo Choo Train, termasuk cawangan di Setia Avenue, mengamalkan pelan organisasi yang rapi: setiap cawangan diketuai Eksekutif Operasi yang bertugas untuk memantau operasi harian cawangan tersebut. Mereka juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan membantu menyelesaikan apa-apa isu atau permintaan dengan cepat dan berkesan.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Terdapat juga penyelia yang ditempatkan di setiap bilik darjah untuk memantau guru-guru dan kanak-kanak dengan teliti. Sistem ini dapat mengurangkan risiko kes dera kanak-kanak, yang kian meningkat di Malaysia. Tambahan lagi, terdapat kamera CCTV yang memantau setiap ruang premis dan paparan CCTV ini diperiksa oleh pihak pengurusan setiap hari.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Setiap hari, guru-guru yang bertugas akan memeriksa keselamatan di dalam bilik darjah, di samping memastikan kebersihan ruang tersebut. Eksekutif operasi dan penyelia akan melakukan pemantauan (spot check) untuk memastikan semuanya mengikut standard yang ditetapkan, manakala pihak pengurusan pula melaksanakan pemeriksaan menyeluruh setiap tiga bulan. Proses pembasmian kuman, termasuk pengabusan (fogging) dan pengunaan cahaya UV akan dilaksanakan pada hujung bulan dan mesin vakum khas digunakan untuk membersihkan ruang permainan bayi.

Kurikulum yang holistik yang menggunakan pendekatan berteraskan seni (art-centred)

Choo Choo Train bangga terhadap kurikulum unik mereka yang digubal sendiri, yang menggunakan pendekatan ‘art-enhanced’ ataupun berteraskan prinsip seni. Ia direka khas untuk membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang sesuai dengan umur mereka. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti kreatif dan pembelajaran akademik, jadi lebih menarik dan senang bagi kanak-kanak untuk memahami, mengingati, dan mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, mereka akan terlibat dalam program yang baru setiap enam bulan yang disesuaikan dengan tahap kebolehan dan kemajuan mereka.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


  • Choo Choo Cuddle: (0-6 bulan): Program ini sesuai untuk bayi yang mula melakukan aktiviti dengan sendiri dan semakin berdikari dari pangkuan ibu. Mereka terlibat dalam aktiviti seperti urutan, rangsangan sensori, dan interaksi sosial awal. Melalui aktiviti seperti Baby Zen, Baby Touch, Baby Music, dan Baby Gym, bayi-bayi ini akan dapat bergerak dengan lebih lincah, mengenali deria mereka, dan juga membina hubungan emosi yang kukuh.
  • Choo Choo Explorer 1 (7-12 bulan): Untuk si manja pada peringkat ini, mereka akan mengenali badan mereka dan apa yang boleh mereka lakukan secara fizikal. Program ini bertumpukan perkembangan fizikal dan kemahiran seperti merangkak dan berdiri. Selain itu, mereka juga akan membina kemahiran awal bahasa melalui aktiviti bercerita, berkomunikasi, dan membaca.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


  • Choo Choo Explorer 2 (13-18 bulan): Pada peringkat ini, si manja lebih cenderung bergerak, jadi program ini mengembangkan skop aktiviti untuk melibatkan kemahiran seperti berjalan, melompat, dan berlari dalam persekitaran yang selamat. Selain itu, mereka juga dibekalkan pelbagai bahan dan mainan, dan aktiviti untuk membantu membina daya penyelesaian masalah dan pemikiran kritis, di samping meningkatkan daya komunikasi dan pemahaman bahasa.
  • Choo Choo Explorer 3 (19-24 bulan): Kanak-kanak pada peringkat ini sudah lebih mampu bergerak secara berdikari, jadi program ini akan bertumpukan aspek lain seperti membantu mereka berkomunikasi dengan baik, cara untuk bersosial, berkawan, dan meluahkan perasaan mereka serta bantu membantu antara satu sama lain. Mereka akan diperkenalkan kepada konsep pelajaran berstruktur dalam bidang seperti bahasa, matematik, dan sains. Kanak-kanak juga akan dilatih untuk ke tandas secara berdikari.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


  • Choo Choo Discoverer (25-36 bulan): Untuk kanak-kanak yang bakal mencapai tahap perkembangan yang selaras dengan umur mereka, tumpuan seterusnya beralih kepada mengalakkan mereka untuk belajar sambil bermain. Kelas tematik dikendalikan berdasarkan piawaian pendidikan awal kebangsaan dan juga antarabangsa. Antara aktiviti yang terlibat termasuklah include Early Language Lab-English, Early Math Adventure, Early Science Sparks, Early Art and Creations, permainan air dan pasir (Water Play and Sand Play), dan Fun with Food.

Makanan yang berkhasiat yang disediakan dengan rapi

Pengasas Choo Choo Train iaitu Cik Alexandra Sim sangat berbangga dengan makanan yang dibekalkan pada si kecil di setiap pusat CCT. Menu makanan direka khas oleh ahli nutrisi bagi memastikan kanak-kanak mendapat khasiat dan zat-zat makanan yang perlu untuk tumbesaran yang sihat. Bahan-bahan masakan yang digunakan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, dan dibeli dari jenama kedai runcit yang dipercayai dengan sijil halal, dan bukan dari pasar pagi atau pasar tani. Penyelia bertugas untuk menyediakan makanan dan memastikan makanan tersebut segar dan dimasak dengan sempurna.

Memperkasakan guru dan penjaga dengan peluang perkembangan dan latihan 

Mencari individu yang berkelayakan dalam bidang pendidikan awal merupakan salah satu cabaran besar bagi kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi menangani isu ini, Choo Choo Train telah membuka institut latihan mereka sendiri iaitu NICCE (National Institute of Child Care and Education) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Untuk khidmat penjagaan kanak-kanaknya, pusat ini mengupah dua kategori staf iaitu guru dan juga penjaga. Tugas penjaga adalah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kanak-kanak, manakala tugas guru pula adalah untuk mendidik dan membantu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang diingini. Selain itu, penjaga-penjaga di sini dilatih dan dipantau selama sebulan sebelum mereka bole menjaga kanak-kanak secara berdikari.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Ikatan perhubungan yang kuat di antara ibubapa, kanak-kanak, dan pendidik

Choo Choo Train mementingkan hubungan di antara pihak pengurusan dan juga ibubapa, oleh itu mereka mengalakkan komunikasi terbuka. Setiap keluarga mempunyai ‘chat group’ mereka sendiri di applikasi WhatsApp di mana mereka boleh bertanya soalan dan menerima kemas kini tentang rutin harian anak-anak mereka, termasuk masa tidur, makan, dan aktiviti yang dilakukan.

Choo Choo Train Baby and Child Care Centre Setia Avenue


Kesimpulannya, Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Setia Avenue merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa yang inginkan tempat yang mesra dan penyayang bagi si manja mereka. Program yang holistik yang tidak sahaja mengambil kira keperluan kanak-kanak tetapi perkembangan mereka secara menyeluruh, memastikan si manja anda berkembang dalam persekitaran yang sihat, selamat, dan merangsangkan, yang boleh dipercayai oleh ibubapa.

More articles