Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur

Sorotan Utama

  • Pembelajaran menyeronokkan dengan multimedia dan nilai-nilai Islamik
  • Mengalu-alukan kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun
  • Aktiviti pembelajaran yang diintegrasikan agar kanak-kanak dapat mengembangkan bakat mereka secara optima.
  • Persekitaran selamat dengan bilik darjah dilengkapi Smart TV
  • Makanan Halal
  • Guru-guru yang bertauliah dan penyayang

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur adalah tempat yang mesra dan sentiasa berusaha untuk memupuk hati dan minda kanak-kanak dengan nilai-nilai Islamik dan keterujaan untuk belajar melalui kaedah belajar dengan bermain (play-based). Dengan menyatukan agama dan pembelajaran menyeronokkan, Puan Zaharah, pengasas dan juga seorang peguam Syariah, bercita-cita untuk memberi panduan dan membesarkan kanak-kanak Muslim dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kebijaksanaan, seterusnya memberi mereka permulaan yang hebat dalam dunia pembelajaran mereka.

Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang

Selepas 17 tahun, Anugerah Bestari kini telah berkembang dengan 13 cawangan di seluruh negara. Ibu bapa boleh mendapatkan khidmat mereka di Ampang, Pandan Jaya, Wangsa Maju, Bandar Baru Ampang, Taman Nirvana, Taman Memanda, Pandan Indah, Pandan Mas, Taman Putra Sulaiman dan Taman Maluri. Puan Zaharah berterusan menjadi penyedia utama pendidikan Islamik dengan membangunkan Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Rayyan.

“Pembelajaran menyeronokkan dengan multimedia dan nilai- nilai Islamik” Anugerah Bestari Playschool & Preschool


Anugerah Bestari Ampang

Sebagai perintis prasekolah Islamik di Malaysia, Anugerah Bestari menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan modul pembelajaran Islamik diintegrasikan dalam jadual harian kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Subjek-subjek yang ditawarkan di bawah program Anugerah Bestari memenuhi keperluan kurikulum prasekolah oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Al Budur (Pengajian Al-Quran), Seni & Kraf, Pendidikan Jasmani dan banyak lagi.

Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang

Di Anugerah Bestari, guru-guru memahami kanak-kanak dilahirkan dengan rasa ingin tahu dan keinginan yang mendalam untuk meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, mereka menggabungkan pelbagai elemen menyeronokkan seperti aktiviti interaktif, permainan, main peranan dan lagu dalam proses pembelajaran untuk membantu kanak-kanak mengembangkan minat dan motivasi mereka untuk belajar.

Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang

Di dalam lingkungan persekitaran Anugerah Bestari yang menggembirakan dan selamat, kanak-kanak memulakan hari mereka bermula 8.30 pagi dengan sesi bulatan (circle time), di mana mereka akan berbincang tentang topik mingguan, diikuti dengan sesi bacaan 1-dengan-1 dan bacaan doa. Hari mereka kemudianya dipenuhi dengan pembelajaran harian melalui aktiviti berasaskan permainan, serta program multimedia pendidikan yang merangkumi elemen linguistik, logikal, dan muzikal untuk si kecil belajar dengan mudah. Selepas pukul 12 tengah hari, jadual selepas sekolah, termasuklah bacaan doa, ulangkaji pelajaran dan program pengayaan seperti robotik, Taekwondo dan Mandarin, diadakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak.


Anugerah Bestari Ampang

Anugerah Bestari Ampang

Apa yang membezakan Anugerah Bestari dengan prasekolah Islamik lain di Malaysia adalah falsafah pendidikannya, yang tidak hanya fokus kepada perkembangan intelektual, tetapi juga menekankan kepentingan memupuk nilai- nilai dan sikap yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna sebagai mukmin di zaman moden. Seperti kaedah seimbang Anugerah Bestari dalam pendidikan awal kanak-kanak, graduan prasekolah mereka akan membesar menjadi seorang yang yakin dalam bertanya soalan, menjadi sukarelawan dan bersosial dengan masyarakat di sekeliling mereka.

Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang
Anugerah Bestari Ampang

Tambahan lagi, Puan Zaharah percaya tenaga pengajarnya yang berdedikasi adalah penting dalam membentuk tahun-tahun pertama kanak-kanak untuk membawa mereka kepada kejayaan sepanjang hayat. Selain daripada memegang minimum Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, guru-guru Anugerah Bestari bersemangat dalam mengajar kanak-kanak, menjadi inspirasi dan contoh terhebat untuk si kecil. Mereka sentiasa kreatif dan adaptif dalam mereka aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat serta sesuai dengan kebolehan kanak- kanak. Yang paling penting, mereka mencipta ruang yang menyokong yang menggalakkan kanak-kanak menjadi versi terhebat diri mereka.

Perjalanan pembelajaran terhebat bermula di Anugerah Bestari!

More articles